Wednesday 25 January 2012

Perlindungan Takaful Untuk Eksekutif Muda


KUALA LUMPUR, JUMAAT 20 JANUARI 2012 – “Program istimewa Perlindungan Takaful Eksekutif Muda bersedia membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan anda hanya perlu menyumbang RM70.00 sebulan”. Inilah pembuka bicara kami semasa pertemuan dengan sekumpulan Eksekutif Muda syarikat swasta di cafe starbucks, Midvalley Kuala Lumpur.

“Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang sumbangan anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya anda memerlukan”. Kesemua lima orang eksekutif muda tersebut kemudiannya bersetuju menandatangani Borang Permohonan Etiqa Takaful untuk program perlindungan takaful mereka.

“Pada saat-saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungai bagi meringankan beban kewangan mereka”. Ini adalah program tabungan kewangan untuk tempoh 20 ke 30 tahun. Ini adalah juga program perlindungan kewangan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku kepada mereka. Kemalangan yang dimaksudkan melibatkan hilang upaya kekal atau pun kematian. Mengikut Dato Azizam Saidina Othman, kemalangan yang melibatkan “kematian atau lumpuh” (Ceramah di SJMC pada 18 Jan 2012).

“Sekiranya anda telah mempunyai perlindungan takaful, maka program ini adalah polisi tambahan untuk anda menambahkan nilai pelaburan atau perlindungan anda”.

Untuk makluman anda semua:
·         Jika anda berusian 25 tahun, dengan sumbangan bulanan RM70 iaitu RM840 setahun, dengan tempoh perlindungan 30 tahun, ini bermakna jumlah perlindungan (sum covered) sekiranya berlaku kemalangan boleh mencapai kepada jumlah tidak kurang daripada kira-kira RM61,000.00 hingga RM94,000.00

·         Jika anda berusian 30 tahun, dengan sumbangan bulanan RM100 iaitu RM1,200 setahun, dengan tempoh perlindungan 30 tahun, ini bermakna jumlah perlindungan (sum covered) sekiranya berlaku kemalangan boleh mencapai kepada jumlah tidak kurang daripada kira-kira RM61,000.00 hingga RM110,000.00

·         Jika anda berusian 35 tahun, dengan sumbangan bulanan RM150 iaitu RM1,800 setahun, dengan tempoh perlindungan 30 tahun, ini bermakna jumlah perlindungan (sum covered) sekiranya berlaku kemalangan boleh mencapai kepada jumlah tidak kurang daripada kira-kira RM59,600.00 hingga RM134,000.00

Untuk nasihat seterusnya, sila hubongi:
Taib Ahmad, Penasihat Takaful dan Perancangan Harta Pusaka Islam
Email: ahmdtaib@gmail.com

Monday 9 January 2012

Minuman kesihatan MONA.VIE


Saya sekarang telah mula minum jus kesihatan - MonaVie, yang diperkenalkan oleh Tuan Syed Mohd Saiful Ikhwan. 


The juice that is taking the world by storm. MonaVie adalah health juices, energy blends, and weight loss solutions, noted for its high levels of anti-oxidants and nutrients benefits. 

Rakan-rakan semua dijemput meminumnya. InsyaAllah.


Untuk maklumat lanjut, sila e-mail kepada
: ahmdtaib@gmail.com


atau sila tekan di sini


Wednesday 28 December 2011

“ANAKKU, ANAK ANGKAT”








KUALA LUMPUR, JUMAAT 23 DISEMBER 2011 – Sementara menunggu kawan di luar pejabat Bank Islam Jalan Raja Laut, saya berdiri memerhatikan keadaan sekeliling. Masa sekitar jam 9.30 pagi. Di sebelah saya seorang lelaki Melayu dalam usia lima pulohan dudok bersila di lantai, dalam keadaan gelisah. Beliau ditemani oleh isterinya. “Kenapa abang duduk di lantai, sejuk ni”, saya menegor dan dia tersenyum dan menoleh kepada isterinya. “Jom kita minum” saya mempelawa sambil menunjuk ke arah ke sebuah kedai makan berhampiran. “Terimakasih”, lelaki itu menolak. Dia gelisah, seperti ingin dibantu. “Abang tunggu siapa?” saya bertanya, dan dia sekali lagi tersenyum sambil menoleh kepada isterinya.” “Kami nak tahu bantuan Baitulmal, samada dah keluar hari ini. Jika hari ini tak ada, kami kenalah tunggu sampai hari selasa depan. Hari Isnin cuti”, isterinya menjelaskan. “Kami datang dari Flat Seri Pahang Bangsar. “Saya juga menunggu untuk dapatkan bantuan Baitulmal hari ini”, Sampok seorang kakak di sebelah, “Saya datang dari Sentul, jalan kaki pagi ni dari rumah”. Saya mengangguk simpati, mereka dan beberapa orang yang lain datang untuk mengambil bantuan bulanan Baitulmal mereka, melalui Bank Islam.


Saya menuju ke kaunter perkhidmatan pelanggan Bank Islam. “Puan, bantuan Baitulmal dah masuk ke?”. Dengan senyuman beliau membantu, “Pagi ni belum lagi encik”. “Boleh saya dapat nombor telefon Pejabat Baitulmal?”. Beliau memberikan nombor telefon berkenaan kepada saya. “Assalamualaikum, ini pejabat Baitulmal ke?”. “Wa’alaikum salam. Benar, ini pejabat Baitulmal. Boleh saya bantu”. “Puan, bantuan bulanan Baitulmal dah bayar ke hari ini”. “Belum, pembayaran akan dibuat pada 27 Disember hari selasa”. “Terimakasih puan”. Saya memaklumkan perkara ini kepada suami isteri tadi, dan seorang kakak yang menunggu luar.


Kawan saya masih belum muncul, mungkin beliau ada mesyuarat di pejabat. Jabatan Kerajaan sekarang sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan tandatangan kakitangan untuk proses penerimaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Saya melangkah keluar, tiba-tiba seorang kakak menegor saya. “Encik kerja di sini ke?”. “Tidak, saya datang nak jumpa kawan”, saya ingin beredar segera. “Encik kerja di mana?”. Nampaknya saya perlu membantu, “Saya kerja sendiri. Saya Penasihat Kewangan Islam dan Perancangan Harta Pusaka Islam”. “Oo, kerja apa tu. Kakak ingat encik pegawai di sini”. Memang sah saya perlu membantu wanita ini (Namanya Kak Rabiah, bukan nama sebenar). “Kakak pernah dengar Etiqa Takaful? Dengan Etiqa Takaful kita ada program yang baik untuk simpanan dan perlindungan kewangan, untuk kita dan anak-anak kita. Kakak pernah dengar As-Salihin Trustee Berhad? Dengan As-Salihin kita ada program yang baik untuk merancang harta, supaya pembahagian harta kita dapat diurus dengan baik setelah ketiadaan kita”. Kakak Rabiah kelihatan keliru.


“Kakak, jom kita duduk di sana” saya cuba menyampaikan perkara baik ini untuk pengetahuan beliau. Saya mempersilakannya duduk dalam keadaan lebih selesa. “Baguslah kita duduk kejap. Kaki kakak tak kuat berdiri lama. Usia kakak dah 66 tahun”. 


Memandangkan usia Kak Rabiah telah mencapai 66 tahun, saya bawakan perancangan harta Islam untuk beliau. “Saya nak beritahu kakak, mengikut berita di akhbar ada sejumlah RM42 bilion wang tunai dan asset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris mereka (Rujukan: Utusan Online). Ini berlaku kerana, dalam kes harta orang Islam, kebanyakan kita orang Islam masih kurang berpengetahuan mengenai perancangan dan penulisan wasiat kepada waris. Kakak bagaimana? Kakak ada harta? Kakak ada ahli keluarga? Kakak ada wasiat untuk mereka?”. Kak Rabiah terdiam, lidahnya kelu. Kelihatan matanya berair. 


Saya dimaklumkan Kak Rabiah adalah pesara Telekom. Beliau tinggal bersama dengan ayah dan ibunya yang telah uzor. Beliau mempunyai faedah persaraan dari perkhidmatan kerajaan sebelum ini, mempunyai simpanan sejumlah RM250 ribu di bank, mempunyai 9 ekar tanah pusaka di kampong Sungai Pencala, sebuah rumah teres dua tingkat dan sebuah kereta, di samping sedikit barang-barang kemas. Suaminya telah meninggal dunia, dan beliau tidak mempunyai zuriatnya sendiri, kecuali dua orang anak angkat dewasa seorang lelaki dan seorang perempuan yang masih bujang, yang amat dicintainya.


Kak Rabiah terus kelu, pilu dan sebak memikirkan apa yang akan berlaku kepada anak-anak angkatnya yang menjadi pengubat hatinya selama ini. Kak Rabiah memandang jauh. Saya meninggalkan Kak Rabiah di situ yang asalnya datang untuk berjumpa dengan pegawai bank. Ustaz Tarmizi dari As-Salihin telah mengajarkan saya dan rakan-rakan dengan pengenalan kepada asas ilmu perancang harta pusaka yang selari dengan Hukum Syarak. Saya telah sampaikan sedikit sebanyak perancangan yang perlu dibuat oleh Kak Rabiah. Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkan ia kepada orang lain. Sesunggohnya ia adalah setengah daripada ilmu” (Hadis Rasulullah SAW yang dilapurkan oleh Abu Hurairah RA). Saya berdoa kepada Allah SWT agar Kak Rabiah diberi taufik dan hidayah untuk mengetahui, mengatur dan merancang hartanya mengikut prinsip dan hukum yang ada. 


Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka terbahagi kepada dua kategori iaitu mewarisi dengan sebab “perkahwinan” di mana ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak seperti samada suami atau isteri; dan mewarisi dengan sebab “keturunan atau kerabat” di mana pertalian hubongan kekeluargaan, juga dikatakan sebagai darah daging seperti anak, cucu, ibu, bapa, nenek, datuk, saudara, anak saudara dan sebagainya).


Anak angkat sebenarnya seorang yang mulia di sisi ibu atau bapa angkatnya. Walau bagaimana pun anak angkat tidak sekali-kali mendapat harta pusaka mengikut Hukum Faraid. Sejak kecil hingga dewasa, anak angkat ini dipelihara oleh ibu bapa angkatnya seperti anak kandung mereka sendiri.


Kak Rabiah mempunyai pilihan untuk memberikan sebahagian daripada hartanya iaitu “tidak boleh melebihi kadar maksimum satu pertiga harta sahaja” kepada kedua-dua anak angkatnya semasa Kak Rabiah masih hidup, melalui “Deklarasi Pemberian Hibah”. Sekiranya ini TIDAK dirancangkan, malanglah kepada anak-anak angkat tersebut.
Kak Rabiah sayu mengenangkan nasib dua orang anak angkatnya, yang amat dicintainya, yang membesar bersama-sama dengannya di rumah teres dua tingkatnya yang diduduki sekarang. Tambahan pula Kak Rabiah tidak mempunyai anak-anak dari zuriatnya sendiri. Saya yakin Kak Rabiah akan mengaturkan:
• “Surat Deklarasi Hibah” untuk kedua-dua anak angkatnya, semasa Kak Rabiah masih hidup; dan
• Program simpanan dan perlindungan Takaful untuk kedua-dua anak angkat beliau.


Kita perlu mengenal siapakah “Waris Utama” kita selepas ketiadaan kita. Kita perlu merancang harta kita semasa kita hidup, dengan mengambil langkah untuk menulis Surat Wasiat Pentadbiran Harta Pusaka, atau Surat Deklarasi Hibah, atau Surat Deklarasi Harta Sepencarian, atau Surat Deklarasi Wakaf untuk amal jariah kita, sebagai bukti untuk kebaikan kita dan pasangan kita dan waris-waris kita yang lain.


Untuk nasihat seterusnya, sila hubungi:
Taib Ahmad, Perancang Kewangan dan Harta Pusaka Islam
Email: ahmdtaib@gmail.com
HP: +6019-2725175